Selamat Datang Ke Blog Warisan Bahasa Khazanah Bangsa Nukilan Rasa

Sunday, 11 December 2011

Bicara Seni


Dulu
Orang sering berbicara
Tentang seni
Tentang puisi
Kerana pada baris seni dan puisi
Ada keindahan
Ada pengajaran

Kini
Anak-anak muda
Hanyut dalam fantasi
Tiada siapa lagi menghiraukan
Kemerduan syair
Tiada siapa lagi mengendahkan
Keindahan bait pantun
Kemerduan seloka dan puisi

Karya sastera
Yang ingin kita warisi itu
Entah ke mana tenggelamnya
Lenyap dalam almari warisan ditelan arus zaman

Ulasan: Untuk aktiviti P&P, sila klik di sini

No comments:

Post a Comment