Selamat Datang Ke Blog Warisan Bahasa Khazanah Bangsa Nukilan Rasa

Sunday, 11 December 2011

Menuju Kejayaan


Jika ingin menggapai awan
jika ingin mencapai kejayaan
aku berpegang pada janji
tidak mungkin aku mungkiri

Walau sengsara aku pejamkan
sekali aku bertekad terus kukotakan
sekalipun bara panas yang kugenggam
tidak akan ku lepaskan

Jika kejayaan menjadi harapan
tidak kumahu sekadar impian
tidak sesekali aku berganjak
setelah langkahku bergerak
akan terus aku gerakkan

Puncak jaya yang kucitakan
biar apapun di hadapanku
akan ku tuju dengan keyakinan
jangan undur nanti kecundang
walau berjambak rintangan yang datang

Ulasan: Untuk aktiviti P&P, sila klik di sini

No comments:

Post a Comment